Ku renungi langit yang biru
Di situ ku lihat kamu
Ku renungi awan yang putih
Di situ ku lihat putih hati mu
Ku renung alam maya
Aku kagum dengan kejadiannya
Yang memberikan cinta
Cinta sucimu
Yang hadir di hatiku
KU berdoa kepadaNya
Agar kebahagiaan ini
Tiada penghujungnya
Namun aku redha dan pasrah
JIka perpisahan juga yang datang
Akan ku cuba mengerti
Setiap yang terjadi
Semua adalah kerna mahumu begitu
Ada kebahagiaan yang menantiku
Disebalik perpisahan ini
Disebalik penderitaan ini
Namun janganlah kau bawa rindu ini
Kerna aku merasa berhak merinduimu
Untuk selamanya
Kerana aku tidak mahu melupakan
Saat manis bersamamu
Aku ingin kau tahu
Aku amat merinduimu
Walau kini kau bukan milikku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Semoga kamu mendapat...
ReplyDeletecukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia,
cukup ujian untuk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya,
dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.